Monday, January 10, 2011

Apa yang anda tahu pasal cinta?

Saya pasti semua orang dilahirkan dengan perasaan cinta.Perasaan cinta itu sebenarnya datang dari Tuhan Yang Esa.Cinta itu sebenarnya mempunyai banyak makna.Cinta kepada Allah,cinta kepada rasul,cinta kepada ibu bapa serta cinta kepada makhluk lain.Cinta kepada Allah itu adalah yang paling abadi.Jadi,apa yang anda tahu tentang cinta sesama manusia?Secara ringkasnya,kita dikurniakan perasaan untuk menyayangi serta disayangi.Jadi kita tidak lari dari untuk mempunyai minat terhadap seseorang.Tidak salah sebenarnya menjalinkan hubungan yang suci ini,tapi ia perlulah didahului dengan cinta kepada Tuhan dan dibatasi dengan syariat.Pernahkah anda mendengar ungkapan,"cinta itu buta"?.Sebenarnya cinta itu tidak buta,tapi orang yang bercinta itu yang tidak dapat membezakan serta menilai mana baik buruknya dalam perhubungan mereka.Janganlah kita terlalu mengabadikan diri kepada cinta kerana cinta itu tidak dapat berkekal lama seandainya tidak disusuli dengan keimanan dari pencintanya.

No comments:

Post a Comment