Saturday, October 6, 2012

Luahan Hatiku Buat Awak

Awak...
Awak masih ingat tak,
Masa mula kenal dulu,
Awak yang kacau saya dulu,
Merayu dengan saya untuk terima awak sebagai kawan.

Mula-mula berat juga nak terima awak walaupun hanya sebagai kawan,
Tapi disebabkan kasihan melihat betapa awak bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan saya,
Jadi salam persahabatan saya terima dengan hati yang terbuka.

Entahlah,agaknya makin lama berkawan perasaan suka tu memang tidak dapat dihalang,
Awak pun memang awal-awal lagi kata suka kat saya,
Entahlah kenapa saya boleh terima awak untuk menjadi kekasih saya pula.

Tapi,sekarang...
Semuanya tidak seperti mula-mula kita bercinta dulu,
Awak memang dah lain sangat,
Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa lagi.

Awak dah jarang untuk hubungi saya,
Panggilan dari saya pun jarang untuk awak jawab,
Sedihnya hati saya bila mengenangkan sikap awak terhadap saya.

Saya cuma harapkan dari awak agar tolonglah berterus terang dengan saya,
Apa yang sebenarnya yang awak mahukan dalam hubungan kita,
Saya tak nak dipermainkan.
Saya sayang sangat dengan hubungan kita.

Tapi apa pun keputusan awak saya terima dengan redha,
Kerana saya tahu Tuhan Maha Mengetahui,
Hanya Dia yang tahu siapa jodoh terbaik untuk saya.
Inilah luahan hati saya buat awak.

Sekian,
Insan yang mengasihimu

No comments:

Post a Comment