Thursday, September 22, 2011

Ku Biarkan Rasa Cinta Ini

Ya Tuhan, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada diriku ini? Mengapa kuharus mempunyai perasaan ini untuk kali yang kedua?Sudah banyak kali kumencuba menolak perasaan yang hadir di jiwaku ini.Tetapi,mengapa begitu amat sukar untuk kutepis?Ya Allah..Engkau berikanlah aku petunjuk…

Dia sememangnya seorang lelaki yang kudambakan selama ini.Dia punyai hati yang baik,perwatakan yang baik dan juga tingkahlaku yang amat memikat hatiku sebagai seorang perempuan.Tapi,apakan daya diriku tidak berhak untuk dirinya.Siapalah aku untuk mendapat lelaki sebaik dirinya.Bukan kukatakan diriku jahat.Tapi, apalah sangat yang ada pada diriku ini jika dibandingkan dirinya.Pernah beberapa kali dia mengatakan dia juga sukakanku dan ingin aku menjadi kekasih hatinya.Tetapi, sesungguhnya aku tidak berdaya untuk membalas perasaannya terhadapku.Bagiku,biarpun aku juga menyukainya tetapi tak bermakna aku harus mempunyai hubungan sejauh itu.Bukannya aku tidak mahu, tetap bagiku perjalanan hidupku masih panjang.Apalah berguna bercinta jikalau di masa hadapan belum tentu jodohku dengan si dia.Dia amat kecewa dengan jawapanku untuk setakat berkawan dengannya.Tetapi, dia mengatakan yang dia sanggup menunggu diriku sehingga aku menghabiskan pengajianku di universiti.Aku menjelaskan kepadanya supaya tidak perlulah menunggu sesuatu yang tidak pasti kerana aku tidak mahu dia menaruh harapan terhadapku.Sesungguhnya,aku tidak mahu mengecewakan dirinya.Bagiku,matlamat hidupku sekarang adalah untuk mengubah nasib keluargaku dan membalas jasa mak ayahku yang selama ini berpenat lelah membesarkanku hingga aku menjejaki ke menara gading.Aku biarkan dulu perasaan cintaku ini terhadap si dia..Sesungguhnya,masa depanku adalah segala-galanya bagi diriku.Aku berharap suatu hari dia akan faham dengan segalanya.Lagipun, pepatah ada mengatakan bahawa “Kalau ada jodoh, tidak akan ke mana”. 