Thursday, February 24, 2011

Time aku untuk tunjukkan bakat menulis..... ;-)...Jd,try la bace....Saya pasti anda suke...

GETARAN CINTA

BAB 1

“Sayang…kuingatkan dirimu bahawa kutak bisa hidup tanpamu…”.Deringan telefon bimbit yang bernadakan lagu nyanyian siti nurhaliza dan kris dayanti kedengaran kuat di telinga Azwin.Dia yang tengah lena dibuai mimpi terus terjaga dari tidurnya.Cepat-cepat dia tutup alarm hensetnya itu. Dia terlupa yang semalam dia telah mengunci jam untuk bangun awal pagi.Tapi tidak disangka baru itu dia tersedar dari tidurnya.”Hah!Dah pukul 7 pagi.Alamak,tak solat subuh lagi ni”.Tetapi,apa yang lebih mengejutkan dirinya adalah Johan ,suaminya tidak pulang-pulang pun sejak malam tadi.Sebenarnya,mereka boleh dikatakan sebagai pengantin baru.Baru saja 3 minggu yang lepas mereka diijabkabulkan.Berkahwin bukan atas dasar cinta tidak pernah menjadi masalah kepada Azwin kerana dia percaya perasaan kasih dan sayang itu boleh dipupuk selepas berkahwin.Tapi bagi Johan,Azwin bukanlah perempuan pilihannya.Tidak pernah sekali dia menyentuh serta bermesra dengan isterinya itu.Bagi Johan,mereka berkahwin kerana dipaksa oleh ayahnya Datuk Azman.’Hem,sabarlah Azwin.Mungkin ini satu dugaan dari Allah buat engkau’.Bisik hati kecil Azwin.Tanpa memikirkan apa-apa lagi,terus dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.Bimbang jikalau habis pula waktu subuh nanti.

Beberapa minit selepas Azwin solat,tetiba bunyi telefon bimbit Azwin berbunyi lagi.Tapi kali ini bukan bunyi alarm jam tapi panggilan dari orang yang telah menjadi sebahagian dari hidupnya kini.Azwin dengan teragak-agak mengangkat panggilan tersebut.”Assalamualaikum,abang”Kata Azwin dengan lembut.’Hem,waalaikummussalam..Ni aku nak bagitahu yang aku tak balik semalam sebab aku ada banyak kerja nak buat kat office aku.So,kalau esok ko pergi kerja,papa tanya apa-apa pasal kita engkau jangan memandai nak kata aku tak balik k.Pastu kalau dia tanya segalanya pasal kita,engkau katakan semuanya baik belaka tau.Haa,,,satu lagi,malam karang baru aku balik.Engkau tak payah tunggu makan malam dengan aku sebab aku makan kat luar je sebelum balik rumah.”Jawab Johan di hujung talian.Lagaknya tidak ubah seperti mengarahkan pekerjanya saja.”Ehm,baiklah abang.”Kata Azwin dengan nada sedih campur kecewa.Mana taknya,ada sahaja alasan yang diberikan oleh Johan untuk mengelak dari dirinya.“Azwin,masuk bilik papa kejap”.Panggil satu suara dari arah bilik CEO.Kelihatan Datuk Azman masuk ke bilik tersebut.Azwin yang tengah sibuk menyiapkan kertas kerja di meja kerjanya agak terkejut dengan panggilan secara tiba-tiba dari Datuk Azman itu.’Ada apa agaknya ye papa panggil ni?’.Soal Azwin dalam hati.Dia tidak tahu apakah tujuan sebenarnya ayah mertuanya itu memanggilnya untuk kali itu.Sedangkan semua laporan sudah dihantar kepada Datuk Azman untuk ditandatangani baru sekejap tadi.’Hem,agaknya pasal aku salah buat laporan tadi la tu”.Teka Azwin tanpa ragu biarpun apa yang difikirkannya itu lain dari apa yang bakal diperkatakan oleh Datuk Azman sekejap lagi.

Tuk,tuk,tuk,Azwin mengetuk pintu bilik Datuk Azman.”Haa,,,masuk Azwin.”Arah Datuk Azman.Azwin pun masuk dengan hatinya penuh perasaan tanda tanya.”Hem,ada apa ya Datuk panggil saya.Maafkan saya kalau begitu banyak kesalahan yang saya buat dalam laporan tadi”.Terketar-ketar Azwin megeluarkan butir kata.”Hahaha,,,,apa lah kamu ni Azwin.Laporan yang kamu buat tu sangat baik lah Azwin.Ini ada hal lain yang papa nak tanya kamu.Tak ada kaitan pun dengan hal kerja.Haa,,,satu lagi papa nak ingatkan yang Azwin jangan panggil papa Datuk lagi tahu.Kamu kan dah jadi menantu papa.Ok,baiklah papa nak tahu macam mana kehidupan kamu dengan Johan sekarang dekat rumah banglo yang papa hadiahkan tu?Ada apa masalah-masalah tak dengan Johan?Kalau dia buat apa-apa yang papa tak suka bagi tahu kat papa k.Nanti tahulah papa nak buat apa dengan dia.’Gulp,,,dia tanya pasal Johan lak.Adooi,,,,apa aku nak jawab ni.Takkan aku nak cakap yang aku tak bahagia dengan anak dia.Dan takkan aku nak cakap yang Johan tak balik malam semalam.Kalau dia tahu pasti ribut jadinya nanti.’Azwin cuba bermain-main dengan fikirannya.”Ehm..semuanya baik..papa.Johan pun baik”.Jawab Azwin dengan perasaan serba salah,Mana taknya,apa yang dikatakannya sebentar tadi adalah lain dari apa yang berlaku antara dirinya dan Johan.”Eh,betulkah baik ni,Azwin?Kamu tak tipu?”.Soal Datuk Azman lagi.”Ala,main tipu-tipu ini yang aku tak mahu ni.’Kata Azwin dalam hati.”Ehm,,.tak tipu…papa.Betol.”Itu saja yang mampu diperkatakan oleh Azwin.Dia tidak mahu jika dia cakap lebih-lebih,benda lain yang akan berlaku nanti.Jadi jawapan tadi adalah dirasakan paling selamat baginya.”Hem,,,baiklah kalau macam tu.Lega sikit hati papa mendengarnya.Ok,kamu bolehlah teruskan buat kerja kamu tu.”Sela Datuk Azman.’Yerla,Datuk..Erk….maaf silap…papa.”Kata Azwin dengan nada malu.Datuk Azman hanya tersenyum dengan gelagat menantunya itu.Sungguh bertuah rasa di hatinya kerana mendapat menantu sebaik dan selembut Azwin.Cuma dia tidak tahu samada adakah anaknya,Johan benar-benar boleh menjaga Azwin sebagai isterinya dengan baik.Apa yang dia tahu,dia telah membuat keputusan tepat dengan mengahwinkan Johan dengan Azwin.Yerlah,itu adalah lebih baik dari mengahwinkan Johan dengan Kamelia,iaitu gadis lincah yang penuh dengan gaya kebaratan itu.Datuk Azman merasakan biarlah Johan memikirkan apa pun tentang dirinya sebagai ayah,janji dia dah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengubah sikap Johan yang teruk sebelum ni.Maklumlah Johan telah belajar di England selama 4 tahun sebelum mengusahakan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur.Jadi,adat ketimuran sudah makin lusuh dari dirinya.Sudah puas Datuk Azman mengajak Johan untuk bekerja di syarikat miliknya,Berjaya Holding.Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Johan dengan alasan yang dia tidak mahu terlalu bergantung dengan papanya itu dan mahu berdikari.Apalah yang Datuk Azman mahu buat melainkan menuruti saja kata-kata anaknya yang keras kepala itu.

“Azwin!Azwin!Mana engkau hah!”Jerit Johan sejurus selepas membuka pintu di mana dia baru pulang dari tempat kerjanya.Azwin yang baru selesai solat maghrib tergesa-gesa menanggalkan kain telekungnya dan bergegas turun menuju ke arah suaminya.”Erk,ye abang.Ada apa?Ehm,awalnya abang balik.Abang dah makan ye kat luar?”Tanya Azwin.”Eh,aku tak makan lagi lah itu pasal aku balik awal ni.Hem,engkau masak apa ni?”Jawab Johan.Pelik Azwin dengan tingkah laku Johan.Kejap tadi,bukan main teriak sana sini.Ini boleh pula tanya pasal masakan.’Kejap marah.kejap baik suami aku ni’.Cakap hati Azwin.Tak faham dia dengan sikap Johan.”Saya masak ayam masak merah dengan sayur kailan ikan masin abang.Maaflah kalau apa yang saya masak ni abang tak berapa suka.”Kata Azwin dengan gugupnya.Yerla bimbang jikalau akan dimarahi lagi sekali sekejap lagi.”Memang aku tak suka pun dengan nama masakan engkau tu.Tapi ko dah masak kan.So,aku makan jelah”Seloroh Johan pula sambil tangannya mencuit muka isterinya itu.’Aduh,apsal tetiba angin dia ni baik pula ni.Tadi bukan main marah macam singa.’Bisik Azwin dalam hati.”Err..err….kalau abang nak makan,abang mandi lah dulu.Meh saya tanggalkan kot abang”Kata Azwin.’Aduh,betulkah tindakan aku ni?Tidak pernah-pernah aku tolong tanggalkan kot dia,tetiba hari ini aku rajin.Eh,baru aku ingat yang selama ini mana pernah dia nak bagi aku tolong tanggalkan kot dia.’Bisik hatinya lagi.”Hem,yerlah cik Azwin.Nak tanggalkan selain kot untuk abang pun x apa.”Kata Johan sambil melirikkan senyuman kepada Azwin.’Hah?!Dia senyum la.Aduh,handsomenya suami aku ni.Selama ini tak pernah pun dia senyum.Hari ini dia buang tabiat ke?.Hem….gulp…kenapa hati aku rasa semacam je ni.Aku suka kat dia ke.Tapi apa salahnya kan?Dia kan suami aku.Sukanya aku’Hati Azwin berbisik lagi.”Ehm,maksud abang?”Kata Azwin buat-buat tak tahu padahal hatinya tengah bergelora ketika itu.”Hem,tak ada apalah..Azwin.Dah la,aku nak mandi.Ko tu pergi lah siapkan makanannya atas meja.Yang aku nak tengok lepas siap je aku mandi,semuanya dah terhidang atas meja ok!.”Arah Johan.’Aik,dia mula balik dah perangai dia.Pening tol aku dengan sikap suami aku ni.Sabar je laa.’Kata hati Azwin lagi.”Err,baiklah abang.Saya pergi dapur dulu ya”.Kata Azwin sambil kakinya melangkah ke dapur dengan perasaan yang penuh campur baur.

Selepas selesai makan malam tadi,Johan terus masuk ke bilik bacaanya.Azwin teringin sangat nak melihat apa yang sedang dibuat oleh suaminya di dalam bilik tersebut.’Apa yang dia buat ye dalam tu?Hem,mesti lah membaca.Nama pun bilik bacaan.Haisy,apalah aku ni.’Bisik hati kecil Azwin.Azwin cuba mengintai dari pintu bilik tersebut.Maklumlah pintu itu sedikit terselak dan ini memudahkan untuk Azwin memulakan pengintipannya.Tapi tanpa disangka,belum sempat dia mengintai, kakinya terlanggar sesuatu dan dia terjatuh depan pintu bilik bacaan Johan.Jadi apa lagi terbuka luas lah bilik tersebut.Dan Azwin menjerit kesakitan kerana agak kuat badannya jatuh di atas lantai.Nasib baik dia terjelepok atas karpet bilik daan tiada apa-apa kecederaan terhadapnya.Cuma dia merasakan badannya ada rasa sakit-sakit sedikit.Johan apa lagi tergamam lah melihat apa yang berlaku depan matanya.”Ya Tuhan!Apa kau cuba buat ni,hah?Engkau nak mengintai aku ye?’Soal Johan dengan nada marah.Dia langsung tidak menghiraukan kesakitan yang dialami oleh isterinya itu.Azwin dengan nada takut menjawab,”Huhu…Maafkan saya abang.Saya bersalah.Saya tak ada niat nak buat macamtu.Saya just nak tahu apa yang abang buat.Maafkan saya sekali lagi.””Engkau nie kan.Maaf..maaf…maaf.Itu je yang engkau tahu kan.Dah,engkau masuk bilik tidur sekarang!”Marah Johan.”Abang…..maafkan saya”Rayu Azwin.Dia tidak dapat tahan tangisnya lagi.Kali ini dia merasakan yang Johan betul-betul marahkan dia.Dan Azwin merasa betul-betul sedih dengan tingkah lakunya yang memalukan tadi.”Tak ada maaf buat engkau untuk kali ini ok.Dah..dah pergi!”Tengking Johan lagi.Kali ini,hati Azwin betul-betul tertikam dengan tengkingan Johan.Dia menangis dengan sekuat-kuatnya.Pilu hatinya mengenangkan perbuatan suaminya terhadap dirinya.Adakah tiada rasa simpati langsung di hati lelaki itu untuknya.Azwin dengan badannya lemah cuba bangun dan cuba menghayunkan kakinya yang sakit itu untuk keluar.”Argh….”Dia mengaduh kesakitan.Dia tanpa putus asa cuba untuk berjalan keluar dari bilik tersebut.Tapi belum sempat kakinya melangkah keluar pintu,tetiba ada satu tangan menarik lengannya.Dan lantas badannya dirasakan ditarik dalam pelukan seseorang.Rupa-rupanya dia berada dalam pelukan Johan.Dia agak terkejut dengan tindakan drastik dari suaminya itu.”Maafkan…abang.”Kata-kata yang begitu ringkas dari mulut Johan.Tetapi begitu amat mendalam maknanya bagi Azwin.Pertama kali dalam hubungan mereka suami isteri Johan membahasakan dirinya abang.”Tak apa,abang.Azwin yang bersalah.Azwin tak sepatutnya buat macamtu tadi.”Jawab Azwin pula.Sesungguhnya,malam itu adalah malam yang paling indah buat diri Azwin biarpun dia tidak pasti samada bilakah Johan akan betul-betul menghargai dan menerima dirinya sebagai isteri.Dan tidak tahu adakah itu adalah penghujung penderitaannya atau permulaan kepada semua cerita cintanya terhadap suami tercinta.

Petang itu,sejurus lepas habis kerja pukul 5 petang Azwin terus ke rumah mentuanya di Cheras.Ini adalah kerana Datin Nadia iaitu ibu mertuanya mengajaknya untuk makan malam satu keluarga di rumah agam tersebut malam nanti.Jadi adalah perlu untuk Azwin menolong apa yang patut untuk dibuat masakan.”Azwin,usia perkhwinan kamu rasanya nak dekat sebulan.So,dah rasa-rasa apa ke ?”Tanya Datin Nadia petang itu tiba-tiba.’Alamak,mengapa soalan ni pula ditanyakan.Tapi,memang patut dia tanya.Dia kan mak mertua aku.Mesti lah dia nak cucu.’”Ehm..tak rasa apa-apa lah mama.Kenapa ye mama?’Tanya Azwin buat-buat tak tahu.”Lah,mesti laa mama tanya pasal kamu tu dah hamil ke belum.Takkan tak ada-ada lagi.”Seloroh ibu mertuanya sambil mengukir senyum.”Tak ada rezeki lagi agaknya,mama.”Jawab Azwin dengan nada lembut.”Hem.yerla.Tapi kalau kamu dapat rasa semacam je,terus bagitahu mak tahu.”Tambah Datin Nadia lagi.”Hehe..baiklah mama”.Sela Azwin biarpun Tuhan saja yang tahu apa yang berada dalam fikirannya ketika itu.

Malam itu ketika makan malam,Datuk Azman memulakan bicara.”Johan,kamu jaga tak baik-baik si isteri kamu ni?Kamu jangan macam-macam.Papa tak nak kamu sia-siakan Azwin.Dia isteri yang baik.””Alaa,,,papa ni orang tahulah jaga dia macam mana.Dia kan isteri johan.Ahmad Johan bin Datuk Azman tak akan buat perkara yang macam-macam,papa”.Kata Johan.”Eh,kamu jangan cakap besar…Johan.Kamu tu bukan jenis budak baik sangat.Nasib baik je Azwin nak kat kamu tu”.Balas Datuk Azman.”Abang?Tak baiklah cakap macamtu kat anak kita.Buruk baik anak kita kan.Dia kan dah berubah sekarang.Haisy,lagipun janganlah cakap depan menantu kita ni.”Potong Datin Nadia tetiba.Azwin yang dari tadi senyap,hanya mendengar sahaja perbualan mereka.Tapi dia agak tekejut bila mendengar yang bapa mertuanya mengatakan perkataan Johan “bukan budak baik” tadi.”Hem,tak..tak apa…mama.Azwin xkisah”.Kata Azwin dengan nada perlahan.Fikirannya tidak lagi memikirkan makanan yang terhidang di depan mata tapi fikiran menerawang ke tempat lain.”Dah laa,,papa,,,mama.Johan dah tak tahan dengan semua ini.Johan nak tanya,apa istimewanya sangat dengan Azwin ni?Sampai papa suruh saya putuskan hubungan dengan Kamelia,girlfriend saya dulu?’Tetiba persoalan itu dicetuskan oleh Johan.”Astaghfighullahhalazim,Johan.Kamu sedar tak kamu cakap apa ni Johan?.Kamu dah kahwin sekarang.Dan perkara tu tak perlu nak ungkit-ungkit lagi”Marah Datuk Azman.Azwin turut tergamam dengan kata-kata Johan sebentar tadi.’Kamelia?Girlfriend?Ya Tuhan,apa yang dah berlaku ni.”Ahhhh…dahlah papa.Papa tak perlu kata apa-apa lagi.Yang penting,biar hari ini Azwin tahu yang dia adalah buah catur papa untuk dimainkan dalam perkahwinan ini.Biar dia tahu Johan terpaksa berkahwin dengan dia disebabkan dipaksa oleh papa.”Kata Johan lagi.”Subhanallah,Johan.Aku tak pernah mengajar engkau untuk kurang ajar sebegini.Papa tak ada niat lain selain untuk menyedarkan kamu.Tujuan sebenar papa adalah untuk Azwin boleh membimbing kamu jadi lebih baik.Itu sahaja.”Tegur Datuk Azman sambil megurut-urut dadanya yang sakit secara tiba-tiba itu.”Eh,abang.Abang tak ada apa-apa ke?”Kata Datin Nadia selepas menyedari akan sakit yang dialami oleh suaminya itu.Azwin pun terus mendapatkan Datuk Azman dan menenangkan bapa mertuanya itu.Dan begitu juga dengan Datin Nadia yang tangannya ligat menolong mengurut-urut dada suaminya.Sebenarnya,Johan agak terkejut dengan apa yang berlaku terhadap papanya itu.Tidak disangka kata-katanya tadi membuatkan papanya sakit sebegitu.”Maafkan johan papa.Johan tak ada niat sebenarnya nak bercakap sebegitu.Johan Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati Johan selama ini”.Kata Johan kepada papanya.Johan datang mendekati papanya sambil mencium tangan lelaki yang sudah sedikit dimamah usia itu.”Johan,kamu tak pernah berubah.Cubalah kamu terima hakikat yang Azwin kini isteri kamu dan Kamelia itu bukan lagi milik kamu.Milik kamu kini adalah Azwin.Isteri kamu yang sah.Sepatutnya,kamu hargai dia dan sayangkan dia.Tapi tahu tak kata-kata kamu tadi bukan sekadar melukakan hati papa,malah hati Azwin juga teguris dengan kata-kata kamu.Papa kahwinkan kamu bukan suka-suka tapi papa cuma mahu kamu ubah sikap kamu agar lebih bertanggungjawab.Hem…papa nak cakap itu saja.Kamu pulanglah dulu.Buat masa ini,jangan datang rumah papa selagi kamu tidak menjadi suami yang baik kepada Azwin.Sudah,pergi!”Arah Datuk Azman.”Papa…please.Jangan buat johan macam ni…”Rayu Johan.”Johan,baliklah dulu dengan Azwin.Biar papa tenangkan hati dia dulu”.Kata Datin Nadia kepada anak lelakinya itu.”Hem,baiklah mama”Kata Johan dengan hati yang berat.”Mama,maafkan Azwin kerana disebabkan Azwin mama sekeluarga bergaduh”.Sela Azwin tetiba.”Laa,,,tak ada apa-apalah Azwin.Ni semua bukan sebab kamu.Ni sebab mama yang tak didik anak mama dengan baik”.Kata Datin Nadia pula.Mereka berpelukan selepas itu.”Papa,mama kami balik dulu”.Jerit Johan dari luar pagar sambil melambaikan tangan ke arah papa mamanya di balkoni rumah.Biarpun dia tahu bahawa papanya tidak mungkin menyambut lambaiannya itu.Kereta Honda Accord yang dipandunya kian meninggalkan rumah agam itu tanpa mengetahui bila lagi dia akan menjejak semula di situ.

Pagi itu Azwin bangun pagi untuk solat subuh seperti biasa.Tapi apa yang mengejutkan Johan telah bangun awal dari dirinya.Dia melihat Johan sedang membentang sejadah.Tidak pernah Johan bangun solat subuh sebelum ini.Selama ini,biarpun sudah beberapa kali Azwin mengajaknya bersolat,pasti akan dimarahinya.Dan jika dikejutkan tidur pasti ada saja karenahnya.Tapi,hari ini menjadi satu keajaiban apabila Johan bangun sendiri dan dia ingin bersolat.Azwin hanya tersenyum dengan perubahan suaminya itu dan giliran dia pula untuk mengambil wuduk dan bersolat.Tetapi,belum sempat Azwin masuk ke dalam bilik air,Johan memanggil.”Azwin,boleh tak ajar abang solat?”.Azwin sudah mengagak apa yang akan diperkatakan oleh suaminya kerana dari tadi lagi Johan tercegat berdiri tapi masih lagi tidak memulakan pergerakan untuk solat.”Mestilah boleh,abang.Tapi biar Azwin ambil wuduknya dulu ye.”Jawab Azwin sambil mengukir senyum.Bahagia di hatinya kerana titik perubahan suaminya sudah bermula.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Johan masih belum pulang.Azwin risau dengan keadaan tersebut dan cuba menelefon telefon bimbit suaminya.Tapi langsung tidak diangkat.Biasanya,sebelum pukul 11 Johan sudah pulang biarpun banyak kerja di pejabat.Azwin tidak habis-habis terpusing-pusing di ruang tamu rumah kerana bimbang jika apa-apa berlaku dengan suaminya.Tetiba dia terdengar deruman enjin kereta dari luar rumah.Dia pun cuba menyelak langsir jika mana tahu suaminya sudah pulang.Jangkaannya memang tepat sekali.Memang suaminya sudah pulang.Tapi alangkah terkejut Azwin apabila mendapati ada sebuah lagi kereta berhenti di depan rumahnya.Kelihatan seorang perempuan seksi keluar dari perut kereta tersebut dan terus membuka pintu kereta suaminya.Azwin mula merasakan tidak sedap hati dengan keadaan tersebut.Sejurus kemudian,Johan pula keluar.Tanpa diduga, perempuan itu menerkam dan memeluk suaminya.Yang hairannya,suaminya langsung tidak memberi reaksi terkejut dan tiada tindakan untiuk melepaskan diri dari perempuan tersebut.Malahan membiarkan dirinya dipeluk lagi adalah.Bertambah mengejutkan, perempuan tidak tahu malu itu mencium pantas wajah suaminya.Betapa hancur berkecainya hati si isteri apabila suaminya disentuh orang,sedang dirinya pun belum pernah mendapat peluang sebegitu.Tidak berapa lama kemudian,Azwin melihat Johan melepaskan perlahan-lahan pelukan perempuan itu dan mengatakan sesuatu kepadanya.Perempuan itu seakan-akan menjerit dan menangis apabila mendengarkan perkataan itu dari Johan.Tapi,Johan tidak melayan lantas menghayun langkah laju menuju masuk ke dalam rumah.Perempuan itu kelihatannya sudah masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi selepas itu.Azwin yang menyedari suaminya akan masuk ke rumah,jadi Azwin cepat-cepat naik ke tingkat atas takut diketahui Johan yang dia telah melihat adegan tragis tadi antara suaminya dan perempuan tersebut.

Johan membuka tombol pintu biliknya.Dia tengok isterinya sudah lena di atas katil.Sedangkan dia tidak menyedari bahawa isterinya itu telah menjadi saksi kepada kisah dua pasangan kekasih sebentar tadi.Azwin cuba berbuat-buat tidur.Dia takut suaminya dapat mengesan gelodak di hatinya.Johan bergegas mandi selepas itu.Azwin pun membuka matanya.Dia tetiba teringatkan kembali adegan yang tak sepatutnya dilihat olehnya tadi.Matanya mula berair dan dadanya mula berombak menahan kesedihan.Johan yang tidak disangka akan mandi sekejap,tetiba keluar dari bilik air.Dan dia terkejut apabila melihat Azwin tengah menangis.Dia mula memikirkan bahawa Azwin mungkin telah melihat apa yang berlaku tadi.”Azwin,kenapa ni?”Tanya Johan biarpun sudah tahu jawapannya.Azwin yang terkejut suaminya dapat mengesan kesedihannya itu,terus dia mengelap matanya yang berair dengan selimut.”Err..err…tak.Mata Azwin sakit.”Azwin cuba berdalih.”Tipu!Mesti awak dah nampak kan apa yang berlaku tadi?!”Marah Johan tetiba.”Sepatutnya saya yang marah,kenapa dia pula yang lebih-lebih’.Bisik hati Azwin.”Hem…saya nampak…..uhuhu.”Jawab Azwin perlahan.Tangisnya makin kuat kali ini.”So,what?!Awak nak cakap apa pun awak cakaplah.Yang penting hubungan kami dah putus ok.Apa yang awak tengok tadi adalah benar.Yes,,memang saya masih sayangkan dia.Tapi disebabkan saya fikir yang saya dah ada isteri,so saya tak mahu nak teruskan hubungan kami lagi!”Kata Johan lagi.”Err…tapi kenapa abang biarkan dia peluk cium abang?Sampai hati abang buat saya macam ni..”.Lirih kata-kata Azwin.””Sebab abang sayangkan dia.Dan abang tahu dia masih sayangkan abang.So,tak salahkan kami berpeluk.”Balas Johan tanpa bersalah.”Ya Allah,abang.Ingat Tuhan,abang.Semua yang abang buat tu adalah satu dosa.Lagipun,Azwin pun tak pernah mendapat peluang sebegitu untuk membelai dan mencium abang sedangkan Azwin isteri yang sah…”Azwin mula meluahkan apa yang dipendamkan dalam hatinya.”Ohh…jadi maksud engkau…engkau nak aku sentuh engkau?!Okay,malam ini juga aku akan laksanakan tugas aku sebagai suami k!”Tengking Johan sambil dia berjalan ke katil untuk mendapatkan Azwin.”Abang,,,,tolong.Jangan buat Azwin macam ni.Jangan lah abang buat tanpa kerelaan.””Eh,aku rela untuk sentuh ko.Engkau kan hak aku.”Kata Johan sambil tangannya rakus menarik Azwin dan dia terus membawa Azwin dalam pelukannnya.Bibirnya sudah naik ke leher Azwin yang tampak putih melepak.Kemudiannya bibirnya mula merayap ke segenap wajah Azwin.Tidak disangka pipi isterinya begitu mulus sekali.Hidung mancung dan bibir munggil isterinya menampakkan kejelitaan yang drasakan tidak pernah disedarinya sebelum ini.

“Abang,,,tolong jangan buat saya macamni..Itu saja yang mampu dikatakan oleh Azwin ketika baju tidurnya direntap dan kian menampakkan hampir seluruh badannya.Apa yang dia tahu di sudah berada dalam pelukan kemas penuh berahi suaminya.Dan dia yang kian lemah dalam pelukan Johan dan sememangnya mengantuk ketika itu,menyedari bahawa dirinya kini telah menjadi milik sepenuhnya Johan.Dan mahkota yang diagung-agungkan kini diserahkan pada suami tercinta.Dia tidak lagi sedar selepas itu.

“Mak!!!!!”Jerit Azwin pada besok paginya apabila dia terbangun dari tidurnya melihat dirinya langsung tidak memakai seurat benang pun.Yang hanya melitupi tubuhnya hanyalah sehelai kain selimut.Ketika itu juga, kepalanya dirasakan berdenyut dan badannya terasa begitu lenguh sekali.”Astaghfirullahalazim…”Azwin beristighfar.Dia baru teringat bahawa malam tadi Johan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap dirinya.Seharusnya dia gembira kerana Johan telah menyentuhnya.Tetapi, Azwin dapat merasakan yang Johan menyentuh dirinya semalam bukan atas dasar kasih sayang,tetapi disebabkan perasaan marah yang membara di dalam diri suaminya itu.Azwin memang betul-betul sedih dan kecewa dengan sikap Johan malam tadi yang begitu rakus meratah dirinya seolah-olah dirinya seperti patung tidak bernyawa yang boleh diperlakukan sesuka hati.Sedangkan setiap isteri menginginkan belaian mesra dari suami tercinta.Tetapi, Azwin sedar bahawa siapalah dia di hati Johan.”MasyaAllah….jauh betul aku mengelamun.Solat subuh pun tak lagi ni”.Kata Azwin sendirian apabila menyedari jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi.’Tapi, ke mana Johan? Dia tidak tidur kat bilik ini ke malam tadi?’Hatinya tiba-tiba bertanya apabila baru tersedar ketiadaan Johan pagi itu.Apa yang dia ingat, Johan memang tidur di sisinya malam tadi.’Tapi,tak tahulah pagi-pagi lagi Johan sudah keluar pergi kerja.Tapi mana mungkin seawal itu.’Fikirannya bermain lagi. Tanpa memikirkan apa-apa lagi selepas itu,Azwin terus mencapai kain tuala yang berada di birai katil lalu dipakaikan ke tubuhnya yang tidak berpakaian itu.Kakinya cepat melangkah ke bilik air kerana bimbang habis pula waktu subuh nanti. Selesai solat subuh, Azwin dapat merasakan kepalanya kembali mula berdenyut.Tapi sakitnya tidak seperti semasa dia bangun tidur tadi, tapi semakin mencucuk-cucuk sakitnya untuk kali ini.Dia mula memicit-micit kepalanya yang juga tiba-tiba pening itu.Dia cuba merebahkan tubuhnya yang kurus itu di katil.Tanpa diduga, Azwin terlihat kelibat seseorang menyelak pintu bilik tidurnya.’Hah,Johan?’Terkejut seketika Azwin apabila mendapati Johan yang masuk ke bilik itu.’Dia tidak pergi kerja lagi rupanya.Tapi dia dari mana?’Hatinya kembali bertanya.Azwin memulakan bicara, biarpun dia dapat merasakan bibirnya begitu berat untuk berkata.”Abang,abang dari mana?Azwin ingatkan abang dah pergi kerja.”Johan yang hanya memakai seluar pendek, agak tidak selesa dengan teguran Azwin pada pagi itu.Johan sangkakan isterinya itu masih lagi tidur, tapi rupa-rupanya sudah bangun.”Hem,aku dari bilik bacaan lah.Aku tidur kat situ.Engkau ni kan nak cakap bodoh,taklah bodoh sangat.Pernah ke engkau tengok aku pergi kerja pagi-pagi buta,hah?Tak pernah pun kan.So,tak payahlah nak tanya soalan bodoh tu lagi k.”Marah Johan.”Err…maafkan Azwin.”Pendek Azwin membalas kata-kata suaminya.Bimbang jikalau dia akan dimarahi lagi.Johan mula melangkahkan kaki ke bilik air untuk mandi.Tidak dipandang langsung muka isterinya itu ketika melintasi kaki katil sebelum ke bilik air.Kelihatan pintu bilik air dihempas kuat oleh Johan setelah lelaki yang bertubuh sasa itu masuk ke dalam bilik air.’Marah betul Johan dengan aku.Huhu.’Bisik hati kecil Azwin.Mata Azwin terpandang jam di dinding.’Alamak,dah pukul 7.30.Kul 8.30 karang dah kena pergi kerja.Sarapan pun tak buat lagi.Subhanallah,apa nak jadi dengan engkau ni Azwin?’Kata hati Azwin tetiba apabila menyedari dirinya sudah lewat untuk ke pejabat.Azwin bangun dari katil.Tetiba, kepalanya kembali pening...”Argh….”Azwin mengaduh kesakitan.’Ya Allah, apa yang dah terjadi kepadaku’.Hatinya kembali berbisik.Tanpa menghiraukan kesakitannya itu lagi, dia terpaksa menggagahkan diri untuk turun ke dapur untuk membuat sarapan.Sesungguhnya, dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Selesai menyiapkan sarapan, Azwin bergegas naik ke bilik untuk mandii.Sebaik sahaja kakinya mencecah di depan pintu bilik, tetiba matanya dirasakan berpinar-pinar dan pandangannya bertukar menjadi kelam.Kepalanya pula kembali mencucuk-cucuk.Azwin yang tidak lagi berdaya menahan kesakitan,terus pengsan selepas itu.

“Bagaimana dengan keadaan isteri saya, doktor?”Soal Johan apabila melihat doktor selesai merawat Azwin di bilik sakit.”Isteri awak tidak apa-apa, encik.Dia cuma demam panas je.Hem, ditambah lagi dia memang dah ada penyakit migrain.So, sebab tu badan dia cepat lemah apabila dia mengalami demam.”Kata doktor tersebut.”Owh….teruk sangat ke penyakit migraine isteri saya ni doktor?Soal Johan lagi.”Penyakit migraine isteri awak ini tidak teruk.Ehm,maksud saya ia masih dalam kawalan lagi.Tapi saya nak nasihatkan awak supaya jangan biarkan dia mengalami sebarang tekanan yang mana akan menambahkan lagi penyakit migraine dia tu.”Tambah doktor itu lagi.’Err….Baiklah, doktor.Saya akan ikut nasihat doktor tu”.Balas Johan teragak-agak.Doktor tu mengangguk mendengar kata-kata Johan lalu meminta izin untuk pergi.”Kalau macam tu, baguslah.Kalau tak ada apa-apa,saya pergi ke bilik tugasan saya dulu.””Err…tunggu kejap doktor.Bila ye isteri saya boleh pulang?”Tanya Johan secara tiba-tiba.’Alamak,kenapa soalan bodoh ni pulak yang aku nak tanya.Adoi, buat apa nak tahu sangat pasal ni.Bukan ke aku suka kalau dia tak balik rumah.Isyh,,,!’Desis Johan dalam hati.”Owh,lupa pula saya pasal itu.Nasib baik awak ingatkan saya.Sebenarnya, isteri awak dah boleh pulang sekarang, tapi memandangkan dia masih tak sedarkan diri dan kelihatan agak keletihan, jadi biarlah dia berehat dahulu dalam masa beberapa jam di hospital ni ye.Bila dia dah sedar, jadi bolehlah awak membawanya pulang”Jawab Doktor itu lagi.”Terima kasih,doktor.”Kata Johan,ringkas.”Sama-sama.”Jawab doktor, sambil mengukirkan senyum lalu berlalu dari situ.