Saturday, December 3, 2011

Renungilah Lirik Lagu nie...."Tabah"

Bagi sesiape yang baru berpisah dengan org yg kamu syg,,,,saye khaskan sebuah lagu yg sesuai untuk renungan anda bersama.Anggaplah semua yang berlaku adalah satu dugaan dari Yang Esa...Kita yang hanya hamba-Nya perlu tabah dalam menempuh ujian dari-Nya.Sesungguhnya,semuanya sudah tertulis di dalam takdir hidup kite.......

Penyanyi / Artist : Mazlela

Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercinta
Sudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimu
Tak apalah... ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa
Korus
Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan
Andai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa... oh
Moga engkau... berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu

Perkahwinan adalah hadiah paling terindah

Kahwin?Semua org pasti akan melaluinya satu hari nanti,,,termasuk aku.Aku menjadi sedikit gugup apabila isu ini diperkatakan....(Uish,,,aku pulak yg over....he)...Bukan apa,bagi aku untuk menempuh di alam perkahwinan,kite mstilah melengkapkn diri kite terlbh dulu dgn pelbagai persediaan untuk mnjdk seorg isteri dan suri rumah tngga yg sempurna.Dan yang paling penting kewangan pun mesti cukup kan???he...Entah la,,aku tengok lelaki skrg sgt mudah untuk meluahkan kata-kata manis masa bercinta dan kalau boleh ktanya dia mahu cepat2 berkhwin dgn si gadis idaman hati....Tp,sesudah kahwin....oh bagai nak terbalik rumah jdknya....hari2 nk gado......Hem,sbenarnya tak sume org mcmtu......Adatlah pasangan suami isteri,bergaduh tu sbg salah satu kebaikan gak tuk kte lebih memahami diri kite ngn pasangan msg2....Tak apalah Allah tu dah tentukan jodoh untuk kte.....Si Adam bertemu dgn Si Hawa.......Mybe....Perkahwinan adalah hadiah dan anugerah yang paling berharge dalam hidup kte.........Thanks Allah........kerana menyatukan dua jiwa dalam ikatan yang suci di sisi-Mu....

Saturday, October 8, 2011

Sesuci Cintaku

Ya Tuhan,
Begitu suci perasaan ini Engkau kurniakan,
Jika benar dia adalah jodohku,
Engkau tunjukkanlah aku jalannya.
Ya Allah.
Agar aku tahu bahawa aku mencintainya,
Kerana-Mu Ya Allah.

Ya Tuhan,
Yang Maha Pemurah,
Engkau tetapkanlah iman di hatiku,
Agar aku tidak lalai dalam mengingati Mu,
Ya Allah.

Thursday, September 22, 2011

Ku Biarkan Rasa Cinta Ini

Ya Tuhan, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada diriku ini? Mengapa kuharus mempunyai perasaan ini untuk kali yang kedua?Sudah banyak kali kumencuba menolak perasaan yang hadir di jiwaku ini.Tetapi,mengapa begitu amat sukar untuk kutepis?Ya Allah..Engkau berikanlah aku petunjuk…

Dia sememangnya seorang lelaki yang kudambakan selama ini.Dia punyai hati yang baik,perwatakan yang baik dan juga tingkahlaku yang amat memikat hatiku sebagai seorang perempuan.Tapi,apakan daya diriku tidak berhak untuk dirinya.Siapalah aku untuk mendapat lelaki sebaik dirinya.Bukan kukatakan diriku jahat.Tapi, apalah sangat yang ada pada diriku ini jika dibandingkan dirinya.Pernah beberapa kali dia mengatakan dia juga sukakanku dan ingin aku menjadi kekasih hatinya.Tetapi, sesungguhnya aku tidak berdaya untuk membalas perasaannya terhadapku.Bagiku,biarpun aku juga menyukainya tetapi tak bermakna aku harus mempunyai hubungan sejauh itu.Bukannya aku tidak mahu, tetap bagiku perjalanan hidupku masih panjang.Apalah berguna bercinta jikalau di masa hadapan belum tentu jodohku dengan si dia.Dia amat kecewa dengan jawapanku untuk setakat berkawan dengannya.Tetapi, dia mengatakan yang dia sanggup menunggu diriku sehingga aku menghabiskan pengajianku di universiti.Aku menjelaskan kepadanya supaya tidak perlulah menunggu sesuatu yang tidak pasti kerana aku tidak mahu dia menaruh harapan terhadapku.Sesungguhnya,aku tidak mahu mengecewakan dirinya.Bagiku,matlamat hidupku sekarang adalah untuk mengubah nasib keluargaku dan membalas jasa mak ayahku yang selama ini berpenat lelah membesarkanku hingga aku menjejaki ke menara gading.Aku biarkan dulu perasaan cintaku ini terhadap si dia..Sesungguhnya,masa depanku adalah segala-galanya bagi diriku.Aku berharap suatu hari dia akan faham dengan segalanya.Lagipun, pepatah ada mengatakan bahawa “Kalau ada jodoh, tidak akan ke mana”. 

Friday, April 15, 2011

Andai kau tahu tentang perasaanku terhadapmu

Awak,
Tahu tak?
Betapa saya sukakan awak
Sejak first saya nampak awak
Tapi awak tahu tak sebab apa saya sukakan awak?
Ehm..sebabnya awak baik,dan handsome di mata saya

Awk,
Tahu tak?
Kwn2 rapat saya dah tahu tentang perasaan saya kat awak
Dan mereka cadangkan saya untuk luahkan isi hati kat awak
Tapi,malangnya saya tak ada keberanian itu untuk bagitahu awak
Sebab saya bimbang kalau awak akan menolak

Awak,
Tahu tak?
Saya tak pernah sukakan seseorang macam yang saya sukakan awak sekarang ini
Saya tak pasti apa punca saya sukakan awak
Tapi yang penting di mata saya
Awak memang sangat baik dan budiman
Saya suka sangat!

Awak,
Tahu tak?
Saya tak sangka awak akan tegur saya pada suatu hari,
Dan saya begitu teruja dan hati saya berdebar-debar ketika itu
Ehm,terima kasih sebab hadir dalam hidup saya

Awak,
Saya nak awak tahu yang saya begitu sukakan awak
Dan saya harap kita boleh jadi kawan
Itu sahaja pinta saya.

Monday, April 11, 2011

PBL Session 3

I'm happy because this is the last PBL and last assignment for AIS...Now, my group in progress to complete the report for PBL 3.It's almost complete actually.After all,PBL 3 is not quite difficult like the previous PBL.I hope my group will get the good marks for PBL 1,PBL 2 and PBL 3.After all, thanks to Encik Azmi because guide us to finish the all PBL....I think i should stop here..Salam.

Saturday, April 9, 2011

I'm Not Meant to you

Mr.....
From the far i look at you,
I love the way you talk,
I love the way you smile,
Owh....You are so charming for me.

Mr....
That you know that how much i like you,
And how much i miss you in every second,
Please tell me what must i do to make you aware about myself,
And please dont try to ignore me.

Mr.....
I know that you are not interested to me,
Since you try to avoid yourself from appear in front of me,
I'm aware now that i am the only person that like you,
And you are the person that not like me.

Mr....
I know that i'm not give mean anything to you,
I know you will never to appreciate my love to you,
But, i will accept that from the deep of my heart,
Eventhough, it will give hurt to me.....

Lastly....Mr...Thanks because you ever make me fall in love with you....

Saturday, April 2, 2011

Tak dapatku bayangkan!!!!

Pada 2hb 3 2011,pertama kali dlm hidupku....Semasa aku pergi join majlis hari jadi di rumah kwn aku.....sesuatu yg tidak kuduga telah berlaku.Disangkakan hujan di tgh ptg,rupanya hujan di tgh hari...Tidak kuduga rumah yang menjadi tempat di mana kami menyambut majlis bahagia kwnku itu,telah menjadi satu memori titik hitam dalam hidup kami semua.Mana taknya,dalam syok2 sambut bezday,,tiba-tiba datang pak cik berkopiah serta seorang lelaki berpangkat abang iaitu umurnya jauh sedikit dariumur kami datang memberi salam.

Pada mulanya,kami sangkakan mereka datang sebagai ayah kepada antara kawan kami yang berada di situ.Tapi,rupa2mya,mereka datang bagaikan org yang lagaknya xubah seperti dari jabatan penncegah maksiat.MasyaAllah,memang kami terkejut.Ditambah lagi mereka masuk ke dlm rumah dan terus mengatakan kepada kami yg kami membuat parti yg mana akan mengganggu jiran-jiran yg berdekatan.Itu kami,tak kisah.Yg buat kami kisah yg apabila salah seorg dari mereka mengaku yang dia adalah pengerusi di kawasan tersebut dan dia mengatakan bhw jika nak membuat sebarang majlis mesti inform kpd dia.Terkejut kami mendengarnya!Xpernah dibuat org yg nak buat majlis hari jadi pun kena bagitahu kat ketua kampung or ketua kwsan tersebut.Tapi itu tak apalah kami faham.Yang buat kami marah adalah dia bertanyakan samada kami pernah bawa or x lelaki kt dalam rumah tu.Subhanallah,sampai begitu sekali..Memanglah kami jemput lelaki masa majlis itu.tapi dalam 4 org je kot yg ramai2 lagi semua perempuan.Lagipun pintu rumah terbuka luas.So,mesti mereka fikir bukan-bukan pasal kami.Kami terima yg mereka tegur yg kami jemput sekali kaum lelaki masa majlis itu.Kami sedar kami silap.Lagipun,kwn2 yg duk dalam rumah tu tak tahu pun peraturan kat kwsan tu spy nk bt apa2 majlis kena inform kat pengerusi kwsn taman tersebut dulu.Sebenarnya,ada mak dari salah seorg tetamu majlis ari jadi kwnku.Jadi,itu sudah menunjukkan yg kami buat majlis itu dgn cara yg baik.Tapi tak apalah kalau mereka dah fikir kami macam tu.Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui mana benar yg mana salah.
Sampai pak guard pn dipanggil oleh mereka untuk menunjukkan sbg saksi kpd apa yang kami buat.Hem...tak apalah.Maybe ini adalah salah satu dugaan serta pengajaran kepada kami supaya lebih berwaspada dalam membuat sebarang majlis yg melibatkan jiran-jiran yg berdekatan......

p/s:Hanya Tuhan Yang Tahu

Thursday, March 31, 2011

PBL SESSION 2

To:Encik Azmi Nias

What i can say?hem...Actually,after PBL 1 i already got the picture how to resolve the question about expenditure cycle.Even though the expenditure is quite different from revenue cycle process,but at least i has the little skill to draw the flowchart.What i see in PBL 2,it required the each group to know about the payroll system and try to solve the some problems related with that system.For overall,PBL 2 still in progress.My group start to prepare for the report of PBL 2..My group will try the best work in the PBL 2.That is all from me.....

Sunday, March 20, 2011

Ku Mendambakan Dirinya

Bagaimana bermulanya cinta itu sebenarnya?Pada hakikatnya,kita tidak akan pernah sedar bila perasaan sebegitu akan hadir.Tetapi,sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih.Dia telah menganugerahkan perasaan yang begitu suci buat insan yang bernama manusia.Manusia itu sebenarnya tidak lari dari mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh sesama mereka.Pernahkah kita mendambakan cinta dari seseorang yang kita suka?Sememangnya,itulah kehendak hati kita.Tetapi,pernahkah kita terfikir bahawa apakah kita benar-benar mencintainya dan adakah perasaan itu memang tulus dari sanubari kita yang suci?

Banyak kita mendengar bahawa hubungan cinta yang tidak berlandaskan jalan yang betul seringkali putus tidak sampai ke mana.Bukanlah paras rupa serta kekayaan semata-mata yang perlu kita dambakan dari dirinya tetapi biarlah perasaan ikhlas dan cinta yang sebenar-benarnya yang kita perlukan dari dirinya.Dan perasaan itu perlulah didahului dengan cinta kepada Allah Yang Esa sebagai tunggak utama.

 "TeRiMA kAsIH Ya ALLAH...kErANa MeNGuRnIAkaN PeRaSaAN YG BeGitu SuCi BuAT 
   HaMbaMU Ini"

 Setiap malam,kusering berdoa supaya suatu hari nanti aku akan dipertemukan dengan insan
 yang mulia hatinya yang sudi membimbingkan diriku menjadi insan yang lebih agung dengan
 sifat mahmudah.

Semoga keinginanku dimakbulkan......Ya Rabbal Alamin....(''''')(''''')

Friday, March 18, 2011

Mari kte belajar cakap korean

 "Saya suke korea.....!I love that korean people!I love korean group,super junior!"Tak habis-habis dgn korea.Haa,,,klu mcmtu sbg permulaan,meh kte start dgn  bljar ckp korean Ini adalah basic perbualn shj tp sekrg2xnye korang tau gak mcmner nk mulakan perbualan ngan org2 korea ni kan.....

네.(예.)
[Ne.(ye.)]
Yes.

아니오.
[Anio.]
No.

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Hello (when picking up the phone).

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Hello.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Good bye (when you, the guest, are leaving).

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Good bye (when you, the host, are bidding your guests good bye).

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Welcome.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Thank you.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
You're welcome.

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Sorry.

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
It's all right.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Excuse me.

How to make my presentation more presentable and eye catching

Actually many ways that i can apply to make my presentation more interesting and eye catching. 
Now, i will list down that various number of ways:
1)  There is important to me as a presenter to has a good delivery.Good delivery means i try to convey the ideas clearly, interestingly, and more favourable to the audience without make them become boring with my presentation.In addition, my voice must be heard by everyone.
2) Besides that,i should has a good personal appearance in front of my audience.What i know before this that listeners will look at us first before they hear us.So,it is important to me to dress up well in front of them.Of course i need to wear something formal and look comfortable as well.In other words, i must wearing something that is suitable with my presentation.One more,i think as a presenter i should not wear the dress that is too colourful.
3)My body movement also need to be considered to make my presentation more presentable.Before to start my presentation, i will make sure that i stand quietly as i wait to make sure my audience is paying attention.After that,i establish the eye contact with my listeners when i start the presentation.During presentation,i try hard to not  make too many movements so as to avoid the listeners loss attention to listen with my presentation.
4) I will use the visual aids to make my presentation more realistic and attractive to the listeners.I can try to include the interesting drawings,graph,charts or videos in my presentation.This,actually can be done through the use of slideshow.
5)Last way that i can mention here to make my presentation more interesting and eye catching is through gesturing.Actually,the gesturing is something that is spontaneous.But, i think with this kind of body language the listeners will more understand with what i explain and still staying to hear with my presentation.

Sunday, March 13, 2011

Only me

Orang kate...memang susah nak cari pasangan yg betul-betul sesuai dengan kita.Bila kita suka kat dia, dia tak suka kat kita.Dan bila dia suka kat kite, kite pulak yg suka kat dia.Hem,cinta memang pelik kan?Ada satu lagi persoalan,pernah tak korang terfikir yang setiap orang kat sekeliling kite semua ade pasangan msg2 sedangkan kite masih lagi still single.Itu bagi korang yang single la.Bg yg dah ada tu,takkan nak fikir pasal benda ni lagi kan.Tapi,jangan risau, setiap orang dah ditentukn pasangan msg2.Cuma bezanye cepat or lambat je kite jumpe pasangan kite tu.

Hem,kekadang tu kite bukan tak pernah bercinte sebelum ni.Memang pernah, tapi dah pun clash and lepas tu dah tak kapel-kapel ag sampai sekarang.Memang tak dapat dinafikan betapa sedih dan terlukanye kite bile kita putus cinte or lebih senang dikatekn 'cinte ptus di tgh jalan'.Tak apalah dont worry ok.Banyak lagi lelaki or perempuan sana untuk dijadikan pengganti.Kite kena teruskan hidup seperti biasa biarpun tanpa kekasih hati.Anggaplah ini semua takdir ditentukan Tuhan dan maybe, ade hikmahnye di sblk semua ni.

p/s: Aku pun pernah putus cinte....

Wednesday, March 9, 2011

Dinner de Cherating plus makan angin

----Pada 5hb dan 6hb bertempat di Residence Inn,Cherating....
Aku menghadirkan diri untuk dinner dan sukaneka.Pada mulanya,aku tak rasa happy pun nak pergi sana....Tapi,memandangkn aku dah banyak melaburkan duit untuk pergi sana,so nak tak nak pergi je la.
Hari 1st,sampai sana je terus aku g mandi kat swimming pool.Wah,,bukan main seronok.Almaklumlah kat rumah tak pernah wujud pun benda alah tu.....
Hari last,memang best coz aku join sukaneka kat tepi pantai...Semua acara aku masuk termasuklah tarik tali.Hem...dlm game boling kelapa,memang susah nak jatuhkan botol-botol tu.Mana taknya,bukan ke main jauhnya jarak yg kena ambil tuk baling kelapa tu.Nasib baik,ada sorang dak laki group aku jdk tukang cover tuk markah group sbb dia dah berjaya menjatuhkn bbrape buah botol...So,kira hebat gak laa dia tu..Haa,,,,acara music chair pn aku join.Aku klu dalam game nie memang aku cepat gabra or cemas. Yelah,msg2 nk berebut kerusi.Aku apalagi,banyaklah main tipu.Musik belum berhenti pun aku dah duduk.
Dalam tepat kul 10.40 pg acara dah habis..Lepas tu,sempat gak laa aku pergi mandi ag sekali kt kolam tuk kali kedua...
Last for all,,ape2 pun not bad laa pergi cherating...Sbb dpt jugak aku makan angin.Hem...abis kembung perut aku coz asyik mkn angin je...hehe

PBL in progress

For the 1st day, i got this PBL paper....in my mind try to review back what i have learn in AIS510.In PBL session 1, we are required to solve the revenue cycle question.Actually, im not really good about this topic, but i will try my best. This PBL is so important to me as student to get the high carry mark for subject AIS.This group discussion can give opportunity to me to gain more knowledge with sharing ideas and information with group members.I already did the little bit question in that PBL.But, im not too clear about topic of revenue cycle. I think i need to start to draw flowchart for revenue cycle from now...

p/s:Assignment AIS so challenging............

Thursday, February 24, 2011

Time aku untuk tunjukkan bakat menulis..... ;-)...Jd,try la bace....Saya pasti anda suke...

GETARAN CINTA

BAB 1

“Sayang…kuingatkan dirimu bahawa kutak bisa hidup tanpamu…”.Deringan telefon bimbit yang bernadakan lagu nyanyian siti nurhaliza dan kris dayanti kedengaran kuat di telinga Azwin.Dia yang tengah lena dibuai mimpi terus terjaga dari tidurnya.Cepat-cepat dia tutup alarm hensetnya itu. Dia terlupa yang semalam dia telah mengunci jam untuk bangun awal pagi.Tapi tidak disangka baru itu dia tersedar dari tidurnya.”Hah!Dah pukul 7 pagi.Alamak,tak solat subuh lagi ni”.Tetapi,apa yang lebih mengejutkan dirinya adalah Johan ,suaminya tidak pulang-pulang pun sejak malam tadi.Sebenarnya,mereka boleh dikatakan sebagai pengantin baru.Baru saja 3 minggu yang lepas mereka diijabkabulkan.Berkahwin bukan atas dasar cinta tidak pernah menjadi masalah kepada Azwin kerana dia percaya perasaan kasih dan sayang itu boleh dipupuk selepas berkahwin.Tapi bagi Johan,Azwin bukanlah perempuan pilihannya.Tidak pernah sekali dia menyentuh serta bermesra dengan isterinya itu.Bagi Johan,mereka berkahwin kerana dipaksa oleh ayahnya Datuk Azman.’Hem,sabarlah Azwin.Mungkin ini satu dugaan dari Allah buat engkau’.Bisik hati kecil Azwin.Tanpa memikirkan apa-apa lagi,terus dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.Bimbang jikalau habis pula waktu subuh nanti.

Beberapa minit selepas Azwin solat,tetiba bunyi telefon bimbit Azwin berbunyi lagi.Tapi kali ini bukan bunyi alarm jam tapi panggilan dari orang yang telah menjadi sebahagian dari hidupnya kini.Azwin dengan teragak-agak mengangkat panggilan tersebut.”Assalamualaikum,abang”Kata Azwin dengan lembut.’Hem,waalaikummussalam..Ni aku nak bagitahu yang aku tak balik semalam sebab aku ada banyak kerja nak buat kat office aku.So,kalau esok ko pergi kerja,papa tanya apa-apa pasal kita engkau jangan memandai nak kata aku tak balik k.Pastu kalau dia tanya segalanya pasal kita,engkau katakan semuanya baik belaka tau.Haa,,,satu lagi,malam karang baru aku balik.Engkau tak payah tunggu makan malam dengan aku sebab aku makan kat luar je sebelum balik rumah.”Jawab Johan di hujung talian.Lagaknya tidak ubah seperti mengarahkan pekerjanya saja.”Ehm,baiklah abang.”Kata Azwin dengan nada sedih campur kecewa.Mana taknya,ada sahaja alasan yang diberikan oleh Johan untuk mengelak dari dirinya.“Azwin,masuk bilik papa kejap”.Panggil satu suara dari arah bilik CEO.Kelihatan Datuk Azman masuk ke bilik tersebut.Azwin yang tengah sibuk menyiapkan kertas kerja di meja kerjanya agak terkejut dengan panggilan secara tiba-tiba dari Datuk Azman itu.’Ada apa agaknya ye papa panggil ni?’.Soal Azwin dalam hati.Dia tidak tahu apakah tujuan sebenarnya ayah mertuanya itu memanggilnya untuk kali itu.Sedangkan semua laporan sudah dihantar kepada Datuk Azman untuk ditandatangani baru sekejap tadi.’Hem,agaknya pasal aku salah buat laporan tadi la tu”.Teka Azwin tanpa ragu biarpun apa yang difikirkannya itu lain dari apa yang bakal diperkatakan oleh Datuk Azman sekejap lagi.

Tuk,tuk,tuk,Azwin mengetuk pintu bilik Datuk Azman.”Haa,,,masuk Azwin.”Arah Datuk Azman.Azwin pun masuk dengan hatinya penuh perasaan tanda tanya.”Hem,ada apa ya Datuk panggil saya.Maafkan saya kalau begitu banyak kesalahan yang saya buat dalam laporan tadi”.Terketar-ketar Azwin megeluarkan butir kata.”Hahaha,,,,apa lah kamu ni Azwin.Laporan yang kamu buat tu sangat baik lah Azwin.Ini ada hal lain yang papa nak tanya kamu.Tak ada kaitan pun dengan hal kerja.Haa,,,satu lagi papa nak ingatkan yang Azwin jangan panggil papa Datuk lagi tahu.Kamu kan dah jadi menantu papa.Ok,baiklah papa nak tahu macam mana kehidupan kamu dengan Johan sekarang dekat rumah banglo yang papa hadiahkan tu?Ada apa masalah-masalah tak dengan Johan?Kalau dia buat apa-apa yang papa tak suka bagi tahu kat papa k.Nanti tahulah papa nak buat apa dengan dia.’Gulp,,,dia tanya pasal Johan lak.Adooi,,,,apa aku nak jawab ni.Takkan aku nak cakap yang aku tak bahagia dengan anak dia.Dan takkan aku nak cakap yang Johan tak balik malam semalam.Kalau dia tahu pasti ribut jadinya nanti.’Azwin cuba bermain-main dengan fikirannya.”Ehm..semuanya baik..papa.Johan pun baik”.Jawab Azwin dengan perasaan serba salah,Mana taknya,apa yang dikatakannya sebentar tadi adalah lain dari apa yang berlaku antara dirinya dan Johan.”Eh,betulkah baik ni,Azwin?Kamu tak tipu?”.Soal Datuk Azman lagi.”Ala,main tipu-tipu ini yang aku tak mahu ni.’Kata Azwin dalam hati.”Ehm,,.tak tipu…papa.Betol.”Itu saja yang mampu diperkatakan oleh Azwin.Dia tidak mahu jika dia cakap lebih-lebih,benda lain yang akan berlaku nanti.Jadi jawapan tadi adalah dirasakan paling selamat baginya.”Hem,,,baiklah kalau macam tu.Lega sikit hati papa mendengarnya.Ok,kamu bolehlah teruskan buat kerja kamu tu.”Sela Datuk Azman.’Yerla,Datuk..Erk….maaf silap…papa.”Kata Azwin dengan nada malu.Datuk Azman hanya tersenyum dengan gelagat menantunya itu.Sungguh bertuah rasa di hatinya kerana mendapat menantu sebaik dan selembut Azwin.Cuma dia tidak tahu samada adakah anaknya,Johan benar-benar boleh menjaga Azwin sebagai isterinya dengan baik.Apa yang dia tahu,dia telah membuat keputusan tepat dengan mengahwinkan Johan dengan Azwin.Yerlah,itu adalah lebih baik dari mengahwinkan Johan dengan Kamelia,iaitu gadis lincah yang penuh dengan gaya kebaratan itu.Datuk Azman merasakan biarlah Johan memikirkan apa pun tentang dirinya sebagai ayah,janji dia dah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengubah sikap Johan yang teruk sebelum ni.Maklumlah Johan telah belajar di England selama 4 tahun sebelum mengusahakan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur.Jadi,adat ketimuran sudah makin lusuh dari dirinya.Sudah puas Datuk Azman mengajak Johan untuk bekerja di syarikat miliknya,Berjaya Holding.Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Johan dengan alasan yang dia tidak mahu terlalu bergantung dengan papanya itu dan mahu berdikari.Apalah yang Datuk Azman mahu buat melainkan menuruti saja kata-kata anaknya yang keras kepala itu.

“Azwin!Azwin!Mana engkau hah!”Jerit Johan sejurus selepas membuka pintu di mana dia baru pulang dari tempat kerjanya.Azwin yang baru selesai solat maghrib tergesa-gesa menanggalkan kain telekungnya dan bergegas turun menuju ke arah suaminya.”Erk,ye abang.Ada apa?Ehm,awalnya abang balik.Abang dah makan ye kat luar?”Tanya Azwin.”Eh,aku tak makan lagi lah itu pasal aku balik awal ni.Hem,engkau masak apa ni?”Jawab Johan.Pelik Azwin dengan tingkah laku Johan.Kejap tadi,bukan main teriak sana sini.Ini boleh pula tanya pasal masakan.’Kejap marah.kejap baik suami aku ni’.Cakap hati Azwin.Tak faham dia dengan sikap Johan.”Saya masak ayam masak merah dengan sayur kailan ikan masin abang.Maaflah kalau apa yang saya masak ni abang tak berapa suka.”Kata Azwin dengan gugupnya.Yerla bimbang jikalau akan dimarahi lagi sekali sekejap lagi.”Memang aku tak suka pun dengan nama masakan engkau tu.Tapi ko dah masak kan.So,aku makan jelah”Seloroh Johan pula sambil tangannya mencuit muka isterinya itu.’Aduh,apsal tetiba angin dia ni baik pula ni.Tadi bukan main marah macam singa.’Bisik Azwin dalam hati.”Err..err….kalau abang nak makan,abang mandi lah dulu.Meh saya tanggalkan kot abang”Kata Azwin.’Aduh,betulkah tindakan aku ni?Tidak pernah-pernah aku tolong tanggalkan kot dia,tetiba hari ini aku rajin.Eh,baru aku ingat yang selama ini mana pernah dia nak bagi aku tolong tanggalkan kot dia.’Bisik hatinya lagi.”Hem,yerlah cik Azwin.Nak tanggalkan selain kot untuk abang pun x apa.”Kata Johan sambil melirikkan senyuman kepada Azwin.’Hah?!Dia senyum la.Aduh,handsomenya suami aku ni.Selama ini tak pernah pun dia senyum.Hari ini dia buang tabiat ke?.Hem….gulp…kenapa hati aku rasa semacam je ni.Aku suka kat dia ke.Tapi apa salahnya kan?Dia kan suami aku.Sukanya aku’Hati Azwin berbisik lagi.”Ehm,maksud abang?”Kata Azwin buat-buat tak tahu padahal hatinya tengah bergelora ketika itu.”Hem,tak ada apalah..Azwin.Dah la,aku nak mandi.Ko tu pergi lah siapkan makanannya atas meja.Yang aku nak tengok lepas siap je aku mandi,semuanya dah terhidang atas meja ok!.”Arah Johan.’Aik,dia mula balik dah perangai dia.Pening tol aku dengan sikap suami aku ni.Sabar je laa.’Kata hati Azwin lagi.”Err,baiklah abang.Saya pergi dapur dulu ya”.Kata Azwin sambil kakinya melangkah ke dapur dengan perasaan yang penuh campur baur.

Selepas selesai makan malam tadi,Johan terus masuk ke bilik bacaanya.Azwin teringin sangat nak melihat apa yang sedang dibuat oleh suaminya di dalam bilik tersebut.’Apa yang dia buat ye dalam tu?Hem,mesti lah membaca.Nama pun bilik bacaan.Haisy,apalah aku ni.’Bisik hati kecil Azwin.Azwin cuba mengintai dari pintu bilik tersebut.Maklumlah pintu itu sedikit terselak dan ini memudahkan untuk Azwin memulakan pengintipannya.Tapi tanpa disangka,belum sempat dia mengintai, kakinya terlanggar sesuatu dan dia terjatuh depan pintu bilik bacaan Johan.Jadi apa lagi terbuka luas lah bilik tersebut.Dan Azwin menjerit kesakitan kerana agak kuat badannya jatuh di atas lantai.Nasib baik dia terjelepok atas karpet bilik daan tiada apa-apa kecederaan terhadapnya.Cuma dia merasakan badannya ada rasa sakit-sakit sedikit.Johan apa lagi tergamam lah melihat apa yang berlaku depan matanya.”Ya Tuhan!Apa kau cuba buat ni,hah?Engkau nak mengintai aku ye?’Soal Johan dengan nada marah.Dia langsung tidak menghiraukan kesakitan yang dialami oleh isterinya itu.Azwin dengan nada takut menjawab,”Huhu…Maafkan saya abang.Saya bersalah.Saya tak ada niat nak buat macamtu.Saya just nak tahu apa yang abang buat.Maafkan saya sekali lagi.””Engkau nie kan.Maaf..maaf…maaf.Itu je yang engkau tahu kan.Dah,engkau masuk bilik tidur sekarang!”Marah Johan.”Abang…..maafkan saya”Rayu Azwin.Dia tidak dapat tahan tangisnya lagi.Kali ini dia merasakan yang Johan betul-betul marahkan dia.Dan Azwin merasa betul-betul sedih dengan tingkah lakunya yang memalukan tadi.”Tak ada maaf buat engkau untuk kali ini ok.Dah..dah pergi!”Tengking Johan lagi.Kali ini,hati Azwin betul-betul tertikam dengan tengkingan Johan.Dia menangis dengan sekuat-kuatnya.Pilu hatinya mengenangkan perbuatan suaminya terhadap dirinya.Adakah tiada rasa simpati langsung di hati lelaki itu untuknya.Azwin dengan badannya lemah cuba bangun dan cuba menghayunkan kakinya yang sakit itu untuk keluar.”Argh….”Dia mengaduh kesakitan.Dia tanpa putus asa cuba untuk berjalan keluar dari bilik tersebut.Tapi belum sempat kakinya melangkah keluar pintu,tetiba ada satu tangan menarik lengannya.Dan lantas badannya dirasakan ditarik dalam pelukan seseorang.Rupa-rupanya dia berada dalam pelukan Johan.Dia agak terkejut dengan tindakan drastik dari suaminya itu.”Maafkan…abang.”Kata-kata yang begitu ringkas dari mulut Johan.Tetapi begitu amat mendalam maknanya bagi Azwin.Pertama kali dalam hubungan mereka suami isteri Johan membahasakan dirinya abang.”Tak apa,abang.Azwin yang bersalah.Azwin tak sepatutnya buat macamtu tadi.”Jawab Azwin pula.Sesungguhnya,malam itu adalah malam yang paling indah buat diri Azwin biarpun dia tidak pasti samada bilakah Johan akan betul-betul menghargai dan menerima dirinya sebagai isteri.Dan tidak tahu adakah itu adalah penghujung penderitaannya atau permulaan kepada semua cerita cintanya terhadap suami tercinta.

Petang itu,sejurus lepas habis kerja pukul 5 petang Azwin terus ke rumah mentuanya di Cheras.Ini adalah kerana Datin Nadia iaitu ibu mertuanya mengajaknya untuk makan malam satu keluarga di rumah agam tersebut malam nanti.Jadi adalah perlu untuk Azwin menolong apa yang patut untuk dibuat masakan.”Azwin,usia perkhwinan kamu rasanya nak dekat sebulan.So,dah rasa-rasa apa ke ?”Tanya Datin Nadia petang itu tiba-tiba.’Alamak,mengapa soalan ni pula ditanyakan.Tapi,memang patut dia tanya.Dia kan mak mertua aku.Mesti lah dia nak cucu.’”Ehm..tak rasa apa-apa lah mama.Kenapa ye mama?’Tanya Azwin buat-buat tak tahu.”Lah,mesti laa mama tanya pasal kamu tu dah hamil ke belum.Takkan tak ada-ada lagi.”Seloroh ibu mertuanya sambil mengukir senyum.”Tak ada rezeki lagi agaknya,mama.”Jawab Azwin dengan nada lembut.”Hem.yerla.Tapi kalau kamu dapat rasa semacam je,terus bagitahu mak tahu.”Tambah Datin Nadia lagi.”Hehe..baiklah mama”.Sela Azwin biarpun Tuhan saja yang tahu apa yang berada dalam fikirannya ketika itu.

Malam itu ketika makan malam,Datuk Azman memulakan bicara.”Johan,kamu jaga tak baik-baik si isteri kamu ni?Kamu jangan macam-macam.Papa tak nak kamu sia-siakan Azwin.Dia isteri yang baik.””Alaa,,,papa ni orang tahulah jaga dia macam mana.Dia kan isteri johan.Ahmad Johan bin Datuk Azman tak akan buat perkara yang macam-macam,papa”.Kata Johan.”Eh,kamu jangan cakap besar…Johan.Kamu tu bukan jenis budak baik sangat.Nasib baik je Azwin nak kat kamu tu”.Balas Datuk Azman.”Abang?Tak baiklah cakap macamtu kat anak kita.Buruk baik anak kita kan.Dia kan dah berubah sekarang.Haisy,lagipun janganlah cakap depan menantu kita ni.”Potong Datin Nadia tetiba.Azwin yang dari tadi senyap,hanya mendengar sahaja perbualan mereka.Tapi dia agak tekejut bila mendengar yang bapa mertuanya mengatakan perkataan Johan “bukan budak baik” tadi.”Hem,tak..tak apa…mama.Azwin xkisah”.Kata Azwin dengan nada perlahan.Fikirannya tidak lagi memikirkan makanan yang terhidang di depan mata tapi fikiran menerawang ke tempat lain.”Dah laa,,papa,,,mama.Johan dah tak tahan dengan semua ini.Johan nak tanya,apa istimewanya sangat dengan Azwin ni?Sampai papa suruh saya putuskan hubungan dengan Kamelia,girlfriend saya dulu?’Tetiba persoalan itu dicetuskan oleh Johan.”Astaghfighullahhalazim,Johan.Kamu sedar tak kamu cakap apa ni Johan?.Kamu dah kahwin sekarang.Dan perkara tu tak perlu nak ungkit-ungkit lagi”Marah Datuk Azman.Azwin turut tergamam dengan kata-kata Johan sebentar tadi.’Kamelia?Girlfriend?Ya Tuhan,apa yang dah berlaku ni.”Ahhhh…dahlah papa.Papa tak perlu kata apa-apa lagi.Yang penting,biar hari ini Azwin tahu yang dia adalah buah catur papa untuk dimainkan dalam perkahwinan ini.Biar dia tahu Johan terpaksa berkahwin dengan dia disebabkan dipaksa oleh papa.”Kata Johan lagi.”Subhanallah,Johan.Aku tak pernah mengajar engkau untuk kurang ajar sebegini.Papa tak ada niat lain selain untuk menyedarkan kamu.Tujuan sebenar papa adalah untuk Azwin boleh membimbing kamu jadi lebih baik.Itu sahaja.”Tegur Datuk Azman sambil megurut-urut dadanya yang sakit secara tiba-tiba itu.”Eh,abang.Abang tak ada apa-apa ke?”Kata Datin Nadia selepas menyedari akan sakit yang dialami oleh suaminya itu.Azwin pun terus mendapatkan Datuk Azman dan menenangkan bapa mertuanya itu.Dan begitu juga dengan Datin Nadia yang tangannya ligat menolong mengurut-urut dada suaminya.Sebenarnya,Johan agak terkejut dengan apa yang berlaku terhadap papanya itu.Tidak disangka kata-katanya tadi membuatkan papanya sakit sebegitu.”Maafkan johan papa.Johan tak ada niat sebenarnya nak bercakap sebegitu.Johan Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati Johan selama ini”.Kata Johan kepada papanya.Johan datang mendekati papanya sambil mencium tangan lelaki yang sudah sedikit dimamah usia itu.”Johan,kamu tak pernah berubah.Cubalah kamu terima hakikat yang Azwin kini isteri kamu dan Kamelia itu bukan lagi milik kamu.Milik kamu kini adalah Azwin.Isteri kamu yang sah.Sepatutnya,kamu hargai dia dan sayangkan dia.Tapi tahu tak kata-kata kamu tadi bukan sekadar melukakan hati papa,malah hati Azwin juga teguris dengan kata-kata kamu.Papa kahwinkan kamu bukan suka-suka tapi papa cuma mahu kamu ubah sikap kamu agar lebih bertanggungjawab.Hem…papa nak cakap itu saja.Kamu pulanglah dulu.Buat masa ini,jangan datang rumah papa selagi kamu tidak menjadi suami yang baik kepada Azwin.Sudah,pergi!”Arah Datuk Azman.”Papa…please.Jangan buat johan macam ni…”Rayu Johan.”Johan,baliklah dulu dengan Azwin.Biar papa tenangkan hati dia dulu”.Kata Datin Nadia kepada anak lelakinya itu.”Hem,baiklah mama”Kata Johan dengan hati yang berat.”Mama,maafkan Azwin kerana disebabkan Azwin mama sekeluarga bergaduh”.Sela Azwin tetiba.”Laa,,,tak ada apa-apalah Azwin.Ni semua bukan sebab kamu.Ni sebab mama yang tak didik anak mama dengan baik”.Kata Datin Nadia pula.Mereka berpelukan selepas itu.”Papa,mama kami balik dulu”.Jerit Johan dari luar pagar sambil melambaikan tangan ke arah papa mamanya di balkoni rumah.Biarpun dia tahu bahawa papanya tidak mungkin menyambut lambaiannya itu.Kereta Honda Accord yang dipandunya kian meninggalkan rumah agam itu tanpa mengetahui bila lagi dia akan menjejak semula di situ.

Pagi itu Azwin bangun pagi untuk solat subuh seperti biasa.Tapi apa yang mengejutkan Johan telah bangun awal dari dirinya.Dia melihat Johan sedang membentang sejadah.Tidak pernah Johan bangun solat subuh sebelum ini.Selama ini,biarpun sudah beberapa kali Azwin mengajaknya bersolat,pasti akan dimarahinya.Dan jika dikejutkan tidur pasti ada saja karenahnya.Tapi,hari ini menjadi satu keajaiban apabila Johan bangun sendiri dan dia ingin bersolat.Azwin hanya tersenyum dengan perubahan suaminya itu dan giliran dia pula untuk mengambil wuduk dan bersolat.Tetapi,belum sempat Azwin masuk ke dalam bilik air,Johan memanggil.”Azwin,boleh tak ajar abang solat?”.Azwin sudah mengagak apa yang akan diperkatakan oleh suaminya kerana dari tadi lagi Johan tercegat berdiri tapi masih lagi tidak memulakan pergerakan untuk solat.”Mestilah boleh,abang.Tapi biar Azwin ambil wuduknya dulu ye.”Jawab Azwin sambil mengukir senyum.Bahagia di hatinya kerana titik perubahan suaminya sudah bermula.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Johan masih belum pulang.Azwin risau dengan keadaan tersebut dan cuba menelefon telefon bimbit suaminya.Tapi langsung tidak diangkat.Biasanya,sebelum pukul 11 Johan sudah pulang biarpun banyak kerja di pejabat.Azwin tidak habis-habis terpusing-pusing di ruang tamu rumah kerana bimbang jika apa-apa berlaku dengan suaminya.Tetiba dia terdengar deruman enjin kereta dari luar rumah.Dia pun cuba menyelak langsir jika mana tahu suaminya sudah pulang.Jangkaannya memang tepat sekali.Memang suaminya sudah pulang.Tapi alangkah terkejut Azwin apabila mendapati ada sebuah lagi kereta berhenti di depan rumahnya.Kelihatan seorang perempuan seksi keluar dari perut kereta tersebut dan terus membuka pintu kereta suaminya.Azwin mula merasakan tidak sedap hati dengan keadaan tersebut.Sejurus kemudian,Johan pula keluar.Tanpa diduga, perempuan itu menerkam dan memeluk suaminya.Yang hairannya,suaminya langsung tidak memberi reaksi terkejut dan tiada tindakan untiuk melepaskan diri dari perempuan tersebut.Malahan membiarkan dirinya dipeluk lagi adalah.Bertambah mengejutkan, perempuan tidak tahu malu itu mencium pantas wajah suaminya.Betapa hancur berkecainya hati si isteri apabila suaminya disentuh orang,sedang dirinya pun belum pernah mendapat peluang sebegitu.Tidak berapa lama kemudian,Azwin melihat Johan melepaskan perlahan-lahan pelukan perempuan itu dan mengatakan sesuatu kepadanya.Perempuan itu seakan-akan menjerit dan menangis apabila mendengarkan perkataan itu dari Johan.Tapi,Johan tidak melayan lantas menghayun langkah laju menuju masuk ke dalam rumah.Perempuan itu kelihatannya sudah masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi selepas itu.Azwin yang menyedari suaminya akan masuk ke rumah,jadi Azwin cepat-cepat naik ke tingkat atas takut diketahui Johan yang dia telah melihat adegan tragis tadi antara suaminya dan perempuan tersebut.

Johan membuka tombol pintu biliknya.Dia tengok isterinya sudah lena di atas katil.Sedangkan dia tidak menyedari bahawa isterinya itu telah menjadi saksi kepada kisah dua pasangan kekasih sebentar tadi.Azwin cuba berbuat-buat tidur.Dia takut suaminya dapat mengesan gelodak di hatinya.Johan bergegas mandi selepas itu.Azwin pun membuka matanya.Dia tetiba teringatkan kembali adegan yang tak sepatutnya dilihat olehnya tadi.Matanya mula berair dan dadanya mula berombak menahan kesedihan.Johan yang tidak disangka akan mandi sekejap,tetiba keluar dari bilik air.Dan dia terkejut apabila melihat Azwin tengah menangis.Dia mula memikirkan bahawa Azwin mungkin telah melihat apa yang berlaku tadi.”Azwin,kenapa ni?”Tanya Johan biarpun sudah tahu jawapannya.Azwin yang terkejut suaminya dapat mengesan kesedihannya itu,terus dia mengelap matanya yang berair dengan selimut.”Err..err…tak.Mata Azwin sakit.”Azwin cuba berdalih.”Tipu!Mesti awak dah nampak kan apa yang berlaku tadi?!”Marah Johan tetiba.”Sepatutnya saya yang marah,kenapa dia pula yang lebih-lebih’.Bisik hati Azwin.”Hem…saya nampak…..uhuhu.”Jawab Azwin perlahan.Tangisnya makin kuat kali ini.”So,what?!Awak nak cakap apa pun awak cakaplah.Yang penting hubungan kami dah putus ok.Apa yang awak tengok tadi adalah benar.Yes,,memang saya masih sayangkan dia.Tapi disebabkan saya fikir yang saya dah ada isteri,so saya tak mahu nak teruskan hubungan kami lagi!”Kata Johan lagi.”Err…tapi kenapa abang biarkan dia peluk cium abang?Sampai hati abang buat saya macam ni..”.Lirih kata-kata Azwin.””Sebab abang sayangkan dia.Dan abang tahu dia masih sayangkan abang.So,tak salahkan kami berpeluk.”Balas Johan tanpa bersalah.”Ya Allah,abang.Ingat Tuhan,abang.Semua yang abang buat tu adalah satu dosa.Lagipun,Azwin pun tak pernah mendapat peluang sebegitu untuk membelai dan mencium abang sedangkan Azwin isteri yang sah…”Azwin mula meluahkan apa yang dipendamkan dalam hatinya.”Ohh…jadi maksud engkau…engkau nak aku sentuh engkau?!Okay,malam ini juga aku akan laksanakan tugas aku sebagai suami k!”Tengking Johan sambil dia berjalan ke katil untuk mendapatkan Azwin.”Abang,,,,tolong.Jangan buat Azwin macam ni.Jangan lah abang buat tanpa kerelaan.””Eh,aku rela untuk sentuh ko.Engkau kan hak aku.”Kata Johan sambil tangannya rakus menarik Azwin dan dia terus membawa Azwin dalam pelukannnya.Bibirnya sudah naik ke leher Azwin yang tampak putih melepak.Kemudiannya bibirnya mula merayap ke segenap wajah Azwin.Tidak disangka pipi isterinya begitu mulus sekali.Hidung mancung dan bibir munggil isterinya menampakkan kejelitaan yang drasakan tidak pernah disedarinya sebelum ini.

“Abang,,,tolong jangan buat saya macamni..Itu saja yang mampu dikatakan oleh Azwin ketika baju tidurnya direntap dan kian menampakkan hampir seluruh badannya.Apa yang dia tahu di sudah berada dalam pelukan kemas penuh berahi suaminya.Dan dia yang kian lemah dalam pelukan Johan dan sememangnya mengantuk ketika itu,menyedari bahawa dirinya kini telah menjadi milik sepenuhnya Johan.Dan mahkota yang diagung-agungkan kini diserahkan pada suami tercinta.Dia tidak lagi sedar selepas itu.

“Mak!!!!!”Jerit Azwin pada besok paginya apabila dia terbangun dari tidurnya melihat dirinya langsung tidak memakai seurat benang pun.Yang hanya melitupi tubuhnya hanyalah sehelai kain selimut.Ketika itu juga, kepalanya dirasakan berdenyut dan badannya terasa begitu lenguh sekali.”Astaghfirullahalazim…”Azwin beristighfar.Dia baru teringat bahawa malam tadi Johan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap dirinya.Seharusnya dia gembira kerana Johan telah menyentuhnya.Tetapi, Azwin dapat merasakan yang Johan menyentuh dirinya semalam bukan atas dasar kasih sayang,tetapi disebabkan perasaan marah yang membara di dalam diri suaminya itu.Azwin memang betul-betul sedih dan kecewa dengan sikap Johan malam tadi yang begitu rakus meratah dirinya seolah-olah dirinya seperti patung tidak bernyawa yang boleh diperlakukan sesuka hati.Sedangkan setiap isteri menginginkan belaian mesra dari suami tercinta.Tetapi, Azwin sedar bahawa siapalah dia di hati Johan.”MasyaAllah….jauh betul aku mengelamun.Solat subuh pun tak lagi ni”.Kata Azwin sendirian apabila menyedari jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi.’Tapi, ke mana Johan? Dia tidak tidur kat bilik ini ke malam tadi?’Hatinya tiba-tiba bertanya apabila baru tersedar ketiadaan Johan pagi itu.Apa yang dia ingat, Johan memang tidur di sisinya malam tadi.’Tapi,tak tahulah pagi-pagi lagi Johan sudah keluar pergi kerja.Tapi mana mungkin seawal itu.’Fikirannya bermain lagi. Tanpa memikirkan apa-apa lagi selepas itu,Azwin terus mencapai kain tuala yang berada di birai katil lalu dipakaikan ke tubuhnya yang tidak berpakaian itu.Kakinya cepat melangkah ke bilik air kerana bimbang habis pula waktu subuh nanti. Selesai solat subuh, Azwin dapat merasakan kepalanya kembali mula berdenyut.Tapi sakitnya tidak seperti semasa dia bangun tidur tadi, tapi semakin mencucuk-cucuk sakitnya untuk kali ini.Dia mula memicit-micit kepalanya yang juga tiba-tiba pening itu.Dia cuba merebahkan tubuhnya yang kurus itu di katil.Tanpa diduga, Azwin terlihat kelibat seseorang menyelak pintu bilik tidurnya.’Hah,Johan?’Terkejut seketika Azwin apabila mendapati Johan yang masuk ke bilik itu.’Dia tidak pergi kerja lagi rupanya.Tapi dia dari mana?’Hatinya kembali bertanya.Azwin memulakan bicara, biarpun dia dapat merasakan bibirnya begitu berat untuk berkata.”Abang,abang dari mana?Azwin ingatkan abang dah pergi kerja.”Johan yang hanya memakai seluar pendek, agak tidak selesa dengan teguran Azwin pada pagi itu.Johan sangkakan isterinya itu masih lagi tidur, tapi rupa-rupanya sudah bangun.”Hem,aku dari bilik bacaan lah.Aku tidur kat situ.Engkau ni kan nak cakap bodoh,taklah bodoh sangat.Pernah ke engkau tengok aku pergi kerja pagi-pagi buta,hah?Tak pernah pun kan.So,tak payahlah nak tanya soalan bodoh tu lagi k.”Marah Johan.”Err…maafkan Azwin.”Pendek Azwin membalas kata-kata suaminya.Bimbang jikalau dia akan dimarahi lagi.Johan mula melangkahkan kaki ke bilik air untuk mandi.Tidak dipandang langsung muka isterinya itu ketika melintasi kaki katil sebelum ke bilik air.Kelihatan pintu bilik air dihempas kuat oleh Johan setelah lelaki yang bertubuh sasa itu masuk ke dalam bilik air.’Marah betul Johan dengan aku.Huhu.’Bisik hati kecil Azwin.Mata Azwin terpandang jam di dinding.’Alamak,dah pukul 7.30.Kul 8.30 karang dah kena pergi kerja.Sarapan pun tak buat lagi.Subhanallah,apa nak jadi dengan engkau ni Azwin?’Kata hati Azwin tetiba apabila menyedari dirinya sudah lewat untuk ke pejabat.Azwin bangun dari katil.Tetiba, kepalanya kembali pening...”Argh….”Azwin mengaduh kesakitan.’Ya Allah, apa yang dah terjadi kepadaku’.Hatinya kembali berbisik.Tanpa menghiraukan kesakitannya itu lagi, dia terpaksa menggagahkan diri untuk turun ke dapur untuk membuat sarapan.Sesungguhnya, dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Selesai menyiapkan sarapan, Azwin bergegas naik ke bilik untuk mandii.Sebaik sahaja kakinya mencecah di depan pintu bilik, tetiba matanya dirasakan berpinar-pinar dan pandangannya bertukar menjadi kelam.Kepalanya pula kembali mencucuk-cucuk.Azwin yang tidak lagi berdaya menahan kesakitan,terus pengsan selepas itu.

“Bagaimana dengan keadaan isteri saya, doktor?”Soal Johan apabila melihat doktor selesai merawat Azwin di bilik sakit.”Isteri awak tidak apa-apa, encik.Dia cuma demam panas je.Hem, ditambah lagi dia memang dah ada penyakit migrain.So, sebab tu badan dia cepat lemah apabila dia mengalami demam.”Kata doktor tersebut.”Owh….teruk sangat ke penyakit migraine isteri saya ni doktor?Soal Johan lagi.”Penyakit migraine isteri awak ini tidak teruk.Ehm,maksud saya ia masih dalam kawalan lagi.Tapi saya nak nasihatkan awak supaya jangan biarkan dia mengalami sebarang tekanan yang mana akan menambahkan lagi penyakit migraine dia tu.”Tambah doktor itu lagi.’Err….Baiklah, doktor.Saya akan ikut nasihat doktor tu”.Balas Johan teragak-agak.Doktor tu mengangguk mendengar kata-kata Johan lalu meminta izin untuk pergi.”Kalau macam tu, baguslah.Kalau tak ada apa-apa,saya pergi ke bilik tugasan saya dulu.””Err…tunggu kejap doktor.Bila ye isteri saya boleh pulang?”Tanya Johan secara tiba-tiba.’Alamak,kenapa soalan bodoh ni pulak yang aku nak tanya.Adoi, buat apa nak tahu sangat pasal ni.Bukan ke aku suka kalau dia tak balik rumah.Isyh,,,!’Desis Johan dalam hati.”Owh,lupa pula saya pasal itu.Nasib baik awak ingatkan saya.Sebenarnya, isteri awak dah boleh pulang sekarang, tapi memandangkan dia masih tak sedarkan diri dan kelihatan agak keletihan, jadi biarlah dia berehat dahulu dalam masa beberapa jam di hospital ni ye.Bila dia dah sedar, jadi bolehlah awak membawanya pulang”Jawab Doktor itu lagi.”Terima kasih,doktor.”Kata Johan,ringkas.”Sama-sama.”Jawab doktor, sambil mengukirkan senyum lalu berlalu dari situ.

Friday, January 14, 2011

Tanda-tanda anda dilamun cinta

1. Anda akan rasa bahagia sangat biarpun baru pertama kali dia melemparkan senyuman kpd anda
2. Bila anda bertemu dengannya,perasaan anda pasti akan terasa berdebar2
3. Anda akan mencuba korek rahsia tentang latar belakang dirinya dr org2 yg rapat dgn dia
4. Anda akan try cover cun or macho bila depan si dia.Yerla,kononnya nak nampak perfect la
katakn depan sang jantung hati.
5. Anda akan terasa rindu dan tertanya2 tentang si dia apabila dalam sehari tidak terserempak
dengannya.
6. Anda sebelum tidur mesti terbayangkan wajah si dia

Tuesday, January 11, 2011

Hikmah di sebalik "putus cinta"

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu…..Jgn sedih-sedih bila putus cinta k...Percayalah mungkin ini adalah ujian dari Allah.Dan mungkin kita akan dapat lebih baik dari si dia.

Tanpamu (Ct Nurhaliza & Kris Dayanti)

Biasanya aku lelap tidur...
terbangun 'tuk fikirkan diri mu
mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
terbuaiku mengingat dirimu
mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Monday, January 10, 2011

Cinta pandang pertama

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Apa yang anda tahu pasal cinta?

Saya pasti semua orang dilahirkan dengan perasaan cinta.Perasaan cinta itu sebenarnya datang dari Tuhan Yang Esa.Cinta itu sebenarnya mempunyai banyak makna.Cinta kepada Allah,cinta kepada rasul,cinta kepada ibu bapa serta cinta kepada makhluk lain.Cinta kepada Allah itu adalah yang paling abadi.Jadi,apa yang anda tahu tentang cinta sesama manusia?Secara ringkasnya,kita dikurniakan perasaan untuk menyayangi serta disayangi.Jadi kita tidak lari dari untuk mempunyai minat terhadap seseorang.Tidak salah sebenarnya menjalinkan hubungan yang suci ini,tapi ia perlulah didahului dengan cinta kepada Tuhan dan dibatasi dengan syariat.Pernahkah anda mendengar ungkapan,"cinta itu buta"?.Sebenarnya cinta itu tidak buta,tapi orang yang bercinta itu yang tidak dapat membezakan serta menilai mana baik buruknya dalam perhubungan mereka.Janganlah kita terlalu mengabadikan diri kepada cinta kerana cinta itu tidak dapat berkekal lama seandainya tidak disusuli dengan keimanan dari pencintanya.